Saturday, July 28, 2012

Hadirmu satu ANUGERAH

"Ya Tuhan, kemana jua kaki ini melangkah kumohon agar kau temukan aku dengan orang-orang yang baik,orang-orang yang dalam hatinya ada-MU.Agar aku tidak terbabas dan tersesat dalam kelekaan dunia.Dan agar dia sentiasa mengajakku untuk mendekatiMU"

Itulah doa yang selalu aku ungkap tiap kali selepas solat.
Alhamdulillah, sungguh kasih sayang ALLAH itu Maha Luas.
Dia sentiasa MAHA MENGETAHUI apa yang aku perlukan.
Sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan itu sentiasa ada.
Walau tidak ramai.
Namun pasti ada walau cuma seorang.

"Carilah sahabat yang bila mana kamu mendampinginya, pasti kamu akan mengingati penciptamu"





1 comment:

Farah Abdullah said...

sama-sama doa. :) bersahabat hingga ke syurga. amin.