RENUNGAN BUAT SAHABAT...
HIDUP INI INDAH JIKA KITA SENTIASA MENGINGATI ALLAH,MENGAMALKAN CARA KEHIDUPAN YG DIAJAR OLEH RASULULLAH..SEMOGA DGN KEDATANGAN JUMAAT,SKALI LAGI KITA MEMOHON KEBERKATAN DARIPADA ILAHI ,SEMOGA KEHIDUPAN KITA DI DUNIA INI SENTIASA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI..-AMIN-
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur
hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan
malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari
itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya
antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil
yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi
Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat
akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat
berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit
dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah
dimakbulkan Allah.
P/S:AL-FATIHAH BUAT ARWAH DIN BERAMBOI...SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT & TERGOLONG DLM ORG2 YG BERIMAN..INSYAALLAH..
No comments:
Post a Comment